The Babbling Bleating Old Man

March 2, 2009

Where the word ‘dumbstruck’ is defined

Filed under: My Circle of Life

From Malaysiakini:

Pekida buat aduan polis terhadap Gani Patail
Mar 2, 09 6:10pm

 

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Badan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) membuat laporan polis terhadap peguam negara yang mengklasifikasikan kematian A Kugan sebagai kes bunuh.

Mereka mendakwa kenyataan Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kematian suspek curi kereta itu dibuat tanpa mengambil kira pandangan majistret dan pakar patologi, lapor Bernama.

Laporan polis itu dibuat oleh pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Roslan Dahaman dan setiausaha BBRM Naseron Ismail di Ibu Pejabat
Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur hari ini.

Roslan dipetik berkata aduan itu dibuat bagi memastikan tiada salah guna kuasa dan menuntut peguam negara agar tidak mengetepikan pandangan pihak lain.

"Gani mengetepikan pandangan kedua-dua individu itu apabila beliau mendakwa Kugan mati disebabkan dibunuh dan bukan disebabkan paru-paru berair seperti yang disahkan sebelum ini… justeru kita minta beliau mengkaji semula pandangannya itu," katanya selepas membuat laporan itu.

Roslan berkata kenyataan peguam negara itu boleh disalaherti dan dianggap seperti menggalakkan perlakuan jenayah serta memberi perlindungan kepada penjenayah.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata pasukan polis tidak sepatutnya dipersalahkan atas kematian Kugan kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka. (This is the ‘dumbstruck’ paragraph)

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata siasatan akan dijalankan oleh polis Putrajaya berikutan kedua-dua badan pernah membuat laporan berhubung perkara yang sama di IPD Putrajaya pada 23 Jan lepas.

Kugan direman 15 Jan lalu bagi membantu siasatan polis dan meninggal dunia empat hari selepas itu semasa dalam tahanan polis.

 From the ‘dumbstruck’ paragraph:

 So if the police are doing their job, they should not be blamed for the death of a healthy man who is in custody?

 Either the news portal is unreliable or the statement released is dumbfounding.

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://timunmonster.blogsome.com/2009/03/02/where-the-word-dumbstruck-is-defined/trackback/

  1. hey ka-mun, you should find the fact that PEKIDA, a racist gangster bunch, making a report on behalf of A Kugan is more befuddling. You surely have heard about pekida, no?

    Comment by kam — March 23, 2009 @ 3:25 am

  2. Hehe. Everything seems to go more crappy day after day huh?

    Comment by Ka-Mun — March 28, 2009 @ 9:19 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Jay of onefinejay.com